Rabu, 16 Ogos 2017

Sebab aku pencinta haiwan

Salam semua...

Sebab aku pencinta haiwan, maka aku banyak berinteraksi bersama pencinta pencinta haiwan yang lain di sosial media baik di facebook mahupun di instagram.  Sebab aku pencinta haiwan juga, maka aku cuba untuk jadi "vegetarian" semampu mungkin.

Sebab aku pencinta haiwan, semua haiwan aku pandang comel.  Sebab aku pencinta haiwan, hati aku belas melihat kucing/anjing terbiar di luar sana, tapi yang paling menyakitkan, aku tak dapat membantu mereka kecuali memberi sedikit makanan.  Kalau aku kaya raya, impian aku adalah untuk membina sebuah shelter untuk haiwan haiwan jalanan ini, walaupun aku tau...pembuangan kucing/anjing tidak akan terhenti selagi pemilik haiwan tidak mengawal populasi dengan memandulkan kucing/anjing mereka.

Jadi sebagai pencinta haiwan, gambar yang cantik di bawah aku kongsi untuk tatapan semua (kredit: @rhino1818 ).  Enjoyyy...












Enjoy ke...kalau ye..terima kasih :-)

Isnin, 7 Ogos 2017

Rajin ke nak layan....

Tajukkkk...sesuatu sangat kan...sebenarnya lebih kepada rajin ke nak layan selera...hehe

Aku suka makan.  Tapi aku tak rajin nak bawak kereta jauh jauh cari makan.  Makan yang dekat dekat rumah, asal kenyang sudah.  Gitu aku melayan malas...

Sabtu lepas, sahabat aku ajak layan selera makan lauk kampung berdekatan rumahnya.  Memang sedap makan dekat sini, ada ikan bakar, ulam ulaman (ni yg best) dan lauk lauk kampung yang lain.  

Ikan bakar yang disiram dengan air asam, perghhhh....dijodohkan pulak dengan ulam daun selom..memang mavelos, aku makan sampai 2 pinggan...punya la sedap...



Ulam-Ulaman

Pilihan aku...terubuk bakar...agak hangit disitu..tapi sedap jugak

Antara pilihan lauk pauk

Gendang gendung tali kecapi...kenyang perut, senang hati...

Isnin, 31 Julai 2017

Cuti Cuti Perak...berendam bestnya

Sabtu lepas aku bercuti...ke Sauk, kampung rakan karib.  Sauk pernah melakar sejarah hitam di mana tertangkapnya kumpulan militan Al Maunah pada 2 Julai 2000.  2 anggota keselamatan dan seorang ahli Al Maunah terkorban dalam peristiwa tersebut.  

Jadi sabtu lepas saya berpeluang ke Sauk.  Sauk memang satu daerah yang penuh dengan kehijauan di kelilingi bukit menghijau.  Tanaman utama di Sauk adalah pokok getah dan terdapat juga sawah padi.

Disebabkan cuaca yang panas, aku nak mandi sungai.  Rakan aku bawa kami ke Sungai Sauk atau di panggil lata iaitu sungai yang berbatu batu.  Memang best...dengan air yang sejuk dan jernih dikelilingi hutan menghijau.  Banyak jugak aku nampak pokok pokok durian disekelilingnya.





Esoknya ke Zoo Taiping pulak.  Di Zoo Taiping aku rasa punya view yang sangat menarik, sejuk mata memandang cuma tak banyak sangat haiwan haiwan di dalamnya.  Jom layan gambar gambar haiwan yang sempat di ambil.

Pemandangan di dalam Zoo Taiping.  Cantik dan sejuk mata memandang.




Di bawah adalah sebahagian haiwan haiwan yang terdapat di dalam Zoo Taiping.

Orang Utan yang comel



Gajah Gajah yang lemah lembut je pergerakannya


Seladang yang gagah perkasa.  Seladang yang sekor ni tengah makan.  Terdapat 2 ekor lagi seladang di luar kandang ni.  


Si Bangau Merah


Angsa hitam @ Black Swan yang gemalai


Satu keluarga badak air @ hyppo.  Yang tengah tu si anak sedang tidur.


Si badak sumbu @ rhino.  Memang besar dan mantap saiz badak ni.  


Si burung Kasawari 


Tapir.  Sampai ke sudah tak mau keluar kolam.  Panas katanya...berendam lagi best

Selesai bertawaf mengelilingi Zoo Taiping, perut berkeroncong dan dah ada dalam kepala mana nak makan.  Jom ke Mee Udang Mak Jah yang viral tu.  Selama ni asik kecur je air liur tengok gambar mee udang dalam blog blog.  Jadi aku merealisasikan impian kerana kebetulan dah ada kat Taiping.  

Akhirnya sampai jugak aku ke Mee Udang Mak Jah.



Ada 2 pilihan samada nak yang biasa atau special.  Gambar bawah pilihan special.  Bezanya udangnya lebih besar dari yang biasa.



Yang bawah pulak pilihan biasa.  Ni aku punya...yang kecik je sudah...perangai aku pelik..aku makan udang, tapi aku tak suka udang yang tak dimasak sepenuhnya.  Aku tau kalau mee mee udang ni cara masakannya mesti dimasak half cook gitu.  Aku makan pun tak habis...pada pendapat aku, mee udang mak jah ni rasa biasa biasa je.  Tak la sedap sangat, cuma bagi yang mengemari udang, boleh la enjoy makan kat sini.    Tapi yang penting aku dah datang ke Mee Udang Mak Jah yang popular ni.



Ke zoo sudah, mee udang Mak jah pun sudah, jom ke Istana Kenangan Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Istana yang dibina pada tahun 1926 ini sangat unik pembinaan kerana di bina tanpa menggunakan sebatang paku pun.  



Itu lah cerita percutian aku sabtu lepas.  

Isnin, 24 Julai 2017

Majlis Jamuan Raya di penghujung syawal...

Baru la nak terhegeh hegeh bercerita pasal sambutan syawal....orang lain dah move on pun....

Semalam 24/7/17 di pejabat aku mengadakan majlis sambutan syawal.  Bukan lah majlis secara besar besaran pun, cuma sambutan sederhana secara pot luck setiap department.  Tujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama pekerja dan juga bagi meraikan pekerja yang bukan beragama islam untuk sama sama merasa juadah hari raya.  Tak kira lah jamuan secara besaran atau tidak, yang penting sama sama meriah berebut makanan...hahaha...

Di bawah adalah juadah juadah yang mengambil bahagian ....

Nasi beriani...yang ni tak makan sebab dah kenyang

Sate dan pizza hut (pizza sumbangan dari bos saya yang baikhati)

Kuih muih dan biskut raya (ni pun saya tak jamah sebab dah kenyang)

Laksa Johor, rendang & ketupat daun palas (laksa tu memang win)

Air sirap laici bersoda (yang paling sedap pernah saya rasa) dan buah buahan

Bihun goreng, roti jala berkuah kari, nasi impit & kuah kacang
 

Kesimpulannya, jika jamuan macam ni, hanya satu dua je yang dapat dimakan...aku enjoy betul dengan laksa johor dan sate...dan aku sentiasa ingatkan diri sendiri agar ambil makan sekadar mampu dimakan dan jangan bersifat tamak dan akhirnya makanan tak habis dimakan...siapa pulak nak makan kalau dah jadi sisa..ye tak...

Diakhiri gambar tuan blog ceria berlatar belakang props raya dan berbaju kebaya yang cuma dipakai setahun sekali

p/s...baju yang dah berusia 5 tahun...dikitar semula...agak old skol disitu..berlawan dengan tetamu yang hadir berbaju kurung trend sekarang yang bercorak seperti rakan sebelah...


Ahad, 16 Julai 2017

Bila Sawan Rajin Dah Mari...

Perkataan sawan ni pinjam kata kata @hainom ok je...hehehe

Entah kenapa aku teringin sangat nak makan homemade laksa.  Dah lama teringin, tapi sebab tak pernah buat sendiri, jadi aku kuburkan keinginan.  Dah berhari hari asik intai cara cara buat laksa di ig.  Tak le susah mana pun nak buat.  

Jadi hari Sabtu lepas, sawan rajin tetiba datang tanpa diundang.  Gigih lepas sarapan keluar ke supermarket beli barang barang untuk laksa.  Cadang nak ikan kembung, tapi takde stok pulak aritu, ikan sadin pun ikan sadin lah.  Janji ikan. 

Lepas berkungtau kat dapur, inilah hasilnya...mengigil makan uolss...sebab laporrr...tapi memang puas hati sebab boleh letak sayur banyak banyak...biasa yang beli kat pasar malam tu, alahai..sayurnya punya la sikit...jadi buat sendiri, suka hati nak letak sayur mayur banyak banyak.

The kuah laksa...


 One plate of laksa for me...yummy

The veges....



Kan aku kata aku dah kena sawan rajinkan...petang tu pulak aku buat agar agar pandan bersantan.  Sebab daun pandan memang subur tumbuh dalam pasu kat luar rumah.  Geram je tengok daun daun hijau tu, so datang idea nak buat agar agar. 

Ni la rupanya...yang dah dipotong untuk di share pada rakan rakan pejabat hari ni...tak la cantik sangat kan..tapi rasa boleh la tahan dan baunya memang wangi..


Kat bawah pulak gambar jejemput jagung aku buat semalam..hehehe..kan kata sawan rajin dah mai...


Sekian, aku tak harap sawan rajin ni muncul selalu...sebab i takut i terlebih makan kalau rajin sangat masak :-)

Selasa, 11 Julai 2017

Sambung balik cite cuti cuti...

(Kali ini entry agak panjang dengan gambar gambar yang agak banyak...sila bertabah ye)

Lepas 2 malam di Paris, kami kembali ke London semula...maka bermula misi berjalan jalan di kota London

Hari pertama kami ke tempat ikonik yang popular...mana lagi kalau tak ke London Bridge, cuma masa tu cuasa agak mendung dengan hujan rintik rintik menambahkan lagi sejuk di musim bunga.  Masa dalam perjalanan ke Tower Bridge, ternampak pulak restoran Celebrity Chef Jamie Oliver.  Haruslah nak bergambar kan...cadang nak jugak try makan di restoran tersebut, tapi tak jadi sebab restoran agak ramai pengunjung waktu tu.  Jadi, kita ambik gambo sudah...



Tower Bride yang popular...kalau ke London harus kena pegi melawat tempat ikonik dan popular ni...posing macam aku ni harus...tapi hati hati..jangan sampai terjatuh pulak dalam sungai.


Burung camar yang jinak jinak merpati...



Lagi pemandangan menarik berdekatan Tower Bridge...di sebelah kanan ni adalah Tower Castle, juga merupakan salah satu tanda aras popular di kota London



Lawatan tak sah jika tak melawat istana mendiang Princess Diana...jom cuci cuci mata...

Gambar di bawah adalah taman yang terdapat dalam kawasan istana tersebut.  Belakang taman tu adalah istana mendiang Princess Diana



Di belakang aku tu adalah view istana Princess Diana dari arah hadapan...



Jalan jalan di kawasan sekitar istana...terdapat satu taman yang sangat cantik..setiap pokok pokok disitu mengeluarkan sejenis bunga yang sangat cantik...tapi tak kelihatan jelas di gambar







Si angsa putih dan itik serati yang mencuri tumpuan pengunjung......



Di hari ke 2,  jom kita melawat Big Ben & Eye of London yang juga merupakan antara ikonik di kota London...tak sah kalau tak pergi sini..jom tengok gambar..cuma yang tak best masa ni cuaca agak cloudy..jadi gambar nampak gelap

Gambar aku posing maut ..hahaha..(kalau nak kutuk, kutuk dalam hati je tau..)


Bersama rakan rakan karib....




Gambar poyo tuan blog berlatar belakang Eye of London...hiks


Dah jalan jalan di cuaca yang sejuk dan berangin ni, dah tentu perut meronta kelaparan...jom ke Burger & Lobster...dengar cerita tempat ni terkenal di kalangan artis malaysia yang melawat london...mesti nak update dalam ig kalau makan disini...ye ke?

Terletak di tingkat 5, Bangunan Harvey Nichols, Knightbridge, London.  Verdict...pada selera aku, biasa biasa je la...mungkin aku kurang sikit seafood ni...makan hari tu 35 paun seorang (lebihkurang RM200). Harga adalah sama jika makan di cawangan Burger & Lobster di Genting Highland. Satu-satunya cawangannya yang terdapat di Malaysia.



Us again...bersama waiters yang extra peramah ..haha



Di hari ke 3, lawatan adalah di istana Bonda Ratu, Trafagar Suare, Green Garden & Piccadilly Circus...jom tengok gambar...

Di hadapan Buckingham Palace...

 


Tuan blog nak melompat pulak...walaupun gagal lagi disitu...almaklum, badan dah berat



Trafagar Square...dulu rasanya Trafagar Square ni terkenal dengan burung merpati...masa aku kesini tak nampak pulak walau seekor merpatipun...kemanakah kau wahai merpatiku?



Kebetulan masa nak sampai ke Buckingham Palace tu, pasukan berkuda pengawal istana sedang bertukar syif agaknya...dapatlah aku menjamu mata...kagum tengok kuda dan pakaian pengawal istana...



Di Green Garden, berhampiran istana bonda ratu...



Gambar di bawah adalah tempat lepak yang terkenal di Picadilly Circus....tak terdapat pertunjukan circus disini ye...tu hanya pada nama je...tempat lepak ni memang terkenal di kalangan warga muda mudi di kota London.  Masa aku sampai tu, kebetulan ada pertunjukan meraikan dewa krisna ke apa ntah...masa leka menengok mat minah salih ni menari ala ala hindustan..tetiba aku ditarik oleh seorang dari penari tersebut..tapi sebab aku ni sporting, menari la jugak sekejap bersama mat minah saleh yang berpakaian sari dan kurta...aku je yang sesat berbaju merah..hahaha...tapi sayang kawan aku tak amik gambar...cuma video je...so, aku segan nak share..hehe

"Piccadilly Circus is a road junction and public space of London's West End in the City of Westminster, built in 1819 to connect Regent Street with Piccadilly" (ceduk dari google)





Fuhhh...rasanya cukup la sedikit gambar gambar yang aku share di sini sepanjang aku ke London dan Paris. Jika ditanya mahukah aku melawat kembali London jika berpeluang, jawapannya ye...suka dengan kebersihan dan rakyatnya yang peramah dan cool.