Rabu, 9 Disember 2015

Helooo.....


Arghhh....lama tak update...bukan sebab bz keja...bukan..bukan...

Tapi sebab malas...takde cerita nak ceriti  :-)

Rutin hidup seperti biasa.....buat perkara yang sama berulang ulang...ahhh...bosaannnn

Tak sabar nak tunggu tahun depan....moga dipermudahkan oleh Nya untuk bercuti lagi :-)


Bye for now....

Rabu, 25 November 2015

About Me and my hobby...shoppinggggggg

Tadi terbaca komen ... Cik Hainom  OKje bertanya la pulak bila nak update entry.  Since dah ada yang tanya jom le kita update (ingatkan takde yg nak baca :-)  )

Ok, perempuan mana yang tak suka shopping..cer angkat mouse.  Takde kut yg angkat mouse. Sebab dah termaktub yang kaum hawa ni memang suka shopping.  Kalau ada yang tak suka tu, mesti hormon lelaki dalam badannya terlebih..hahaha...gurau je ye.

Aku ni kurang sikit dalam bab makan makan.  Tak teringin pun nak snap pic kalau mkn kat tempat canggih canggih sikit.  Tekak pun suka makan lauk lauk kampung je....memang selalu mengelak kalau di ajak ke resto jepun or korea....kembang tekak teman :-) ...pada aku hanyir masakannya.

TETAPIIII....cer kalau pasal shopping...hidup...pernah aku deman kat opis, bila lunch ada la member ajak gi shopping shopping manje...aku pun ok le...sampai kat shopping mall..jalan sana sini...terus hilang demam..hahaha

Tak semestinya shopping kaw kaw...kalau dapat rembat t-shirt RM19.90 pun dah hepi..hahaha...janji aku dah beli sesuatu...gitu.

Jom layan gambar...

Gambar bawah ni masa Warehouse Sale...gigih amik cuti...ni sebelum masuk ...tengah berbincang cara cara nak mengeraskan badan kalau kena himpit nanti..




catwalk menuju ke tempat kejadian.....



korang tengok...bersesak kat kaunter bayaran..aku tengok orang 'middle east' paling la ramai...sanggup bawak baby dalam stroller tu...sian je aku tgok baby kepanasan...



Time nak check out pun beratur jugakkkk.....



kat bawah masa kat midvalley..hepi je dapat shopping..sempat pulak posing tu..hahaha



ni kat The Garden..tengah usha usha satu beg ni...




ni le beg nya...rembatttttt



hepi face uollssss......




muka tak boleh blah bila dapat shopping..hahaha...tak ingat beli apa masa ni




ni pulak hasil shopping kat online..beli beg meow ni pun dah cukup buat aku hepi...



di akhiri dengan gambar aku makan kat bawah...me and my colleague gelak like hell the moment waiter hantar makanan ni...punya la bagak pinggan..makanannya tercoit je kat tengah tu..hahaha



Bye for now :-)









Ahad, 8 November 2015

Chenow Dah Menemui Penciptanya  (8 June 2012 - 9 Oct 2015)

Mula mula aku menulis blog, entry pertama adalah mengenai kucing KKU aku yang bernama Chenow ni. Serious, aku memang sayang kat dia like he was a part of me. Mana taknya, bangun tido dan balik kerja yang perlu aku hadap adalah Chenow.  Bangun pagi je, tukarkan paper alas cage, kasi makan minum, kalau perlu pakaikan pamper, balik kerja pulak tugas adalah pakaikan pampers dan membiarkan Chenow bebas di laman rumah.  Biasa aku biarkan dia selama 3-4 jam baru aku ambil untuk mandikan dan letak semula di sangkarnya.  Gitulah rutin hari hari.  Chenow akan dihantar ke boarding jika perlu sahaja macam kalau aku outstation atau sebagainya. Tapi seingat aku sepanjang hayatnya, hanya 3x je dia aku hantar ke boarding.

Chenow ni walaupun lumpuh tapi sangat la dominan.  Takde kucing jantan yang berani kat dia ye.  Dia akan mengejar mana mana kucing jantan yg cuba menceroboh dlm kawasan rumah aku.  Bukan kejar je ye, mana
mana kucing jantan yang tak sempat lepas pagar, alamak kena belasah, maka aku la yang kelam kabut keluar dengan botol spray untuk meleraikan kucing kucing ni.  Tapi aku rasa Chenow puas dan hepi kut. Yelah setelah hampir seharian kat dalam cage adalah jugak aktiviti dia kan.

Chenow juga agak tough dan cepat baik walaupun sakit.  Ada jugak masa dia demam dan monyok, tapi dia akan baik selapas beberapa hari.  Bukan aku tak mau bawa pergi vet, tapi aku takut nak kasi dia ubat. Sebabnya aku pernah digigit Chenow. Kisahnya begini.  Kejadian hari sabtu malam.  Malam tu lepas amik Chenow kat luar, aku nak tanggalkan pampers yang dipakai.  Chenow ni aku akan letakkan dalam raga besar untuk aktiviti tukar dan pakai pamper.  Aku tak perasan yang masa tu lalu sekor kucing jantan aku bernama Veri kat tepi dia.  Agaknya dia nak belasah si Veri ni tapi dlm masa yang sama aku sedang pakaikan pamper, maka tangan aku menjadi mangsa.  Sakitnya tuhan je yang tahu. Memang berbisa dan darah banyak menitis.  Cepat cepat aku masukkan chenow dalam cage.  Aku pulak malam tu tak gi klinik sbb klinik dah tutup.  Untuk hilangkan sakit, aku pun makan pain killer.  Memang sakit tak terasa tapiiiiii...
mata aku bengkak mcm kena penumbuk disebabkan alergik.  Hari isnin baru aku ke klinik dan dapat mc 2 hari sbb doktor kesian kut tgok muka aku mcm alien.

Tapi 2 minggu sebelum Chenow pergi aku perasan dia hilang selera.  Aku ingat dia dah bosan kut makan kibbles n wet food.  Aku pun gigih beli ayam dan rebus.  Mula mula mmg agak selera tapi pastu dah takmo makan.  Seminggu sebelum pergi, dia berak darah, lepas tu aku terus bawak gi vet.  Suhu badan drop banyak.  Masa kat klnik, vet masukkan air kat badannya dan panaskan badannya dgn hotpad.  Balik rumah aku buat hotpad supaya badan dia tak sejuk.  Lepas gi vet, seminggu dia bertahan sebelum pergi buat selama lamanya disamping aku.  Sedih tak boleh nak cakap. Takde lagi suara chenow yang menyambut aku balik kerja, xde lagi chenow yang akan ku tukarkan pampers setiap hari, dan takkan ada lagi Chenow yang akan menyusahkan aku.

Selepas Chenow pergi, aku balik kerja rasa sunyi.  Terpandang sangkarnya yang kosong buat aku rasa pelik.  Bangun pagi tiada lagi suara Chenow buat aku rasa pilu.  Tak tahu nak kugambarkan perasaan
ketika itu.  Moga Chenow bahagia di sana dan tunggu mummy di Syurga kelak bersama anak anak yang
lain.  Insyaallah.

Di bawah adalah gambar Chenow yang mula kulihat masa diiklan di page KTAJ.



Chenow masa free roaming :-)



Chenow di dalam sangkar




Dan diakhiri dengan gambar Chenow di saat saat akhir beliau. Gigih aku buatkan hotpad setiap hari
agar suhu badannya panas.


Dan keadaan tangan aku yang kena gigit tu...




Rakan aku pernah bertanya, ada tak aku pukul Chenow selepas kena gigit.  Of coz tidak, tak terpikir pun untuk pukul mana mana kucing aku yang buat perangai.  Apa la yang haiwan haiwan ni tahu.  Tapi mereka tetap punya perasaan untuk disayang dan menyayangi dan rasa sakit kalau dikasari.

Bye for now...

Selasa, 29 September 2015

An Evening in Kuantan

Cerita ni agak basi.  Aku ada kakak yang tinggal di kuantan...jadi kalau aku sangap, ke situ la aku pergi melepaskan rindu pada satu satu nya kakak aku dan of course sebab rindu dengan Sofea, my niece...

Kalau gi Kuantan, routine biasa kalau petang gi jogging kat satu tempat ni, dah lupa nama, kat tepi pantai la...cantik view kat situ...kalau jalan jalan ambik angin petang tu rasa tenang je...tapi kat tepi pantai sampah agak banyak juga...harap masyarakat kat sana sama sama menjaga persekitaran...buang sampah anda di dalam tong sampah ye...jangan selfish buang sampah merata pastu claim nanti orang Majlis Daerah akan bersihkan...eiii..benci mereka yang bersikap macam tu...satu lagi yang suka suka hati buang sampah dari luar kereta...kalau aku ada pistol, aku tembak je mereka mereka ittew...heeee...dah melalut dah aku..hehehe

Ok..layan view kat tasik di kuantan...tapi gambar semua amik guna camera henpon jer...



Cantikkan..



kat bawah ni aku bersama my kakak and Sofea...



Di tepi pantai....



So, sesiapa yang datang Kuantan, sila lah datang di taman tasik yang berdekatan pantai tu, terletak berdekatan Telok Cempedak (sampai skrg tak ingat apa nama taman tasik tu)....sambil jogging, boleh le berselfie syok sendiri... :-)

Sekian buat masa sekarang....




Isnin, 28 September 2015

Hello blog yang sepi :-)

Dah lama rasanya aku biarkan blog sepi dari catatan pertama...hari ni rasa macam nak menaip...pasal apa lagi kalau tak pasal anak bulus kesayangan..hehehe...haritu kawan ofis aku call kat rumah, dia jumpa anak kucing kat jalan katanya...dia tanya aku nak ke tak sebab dia tak boleh bela...huh..pastu aku tanya, kalau aku taknak dia nak buat apa...dia jawab, ko amik la, sian kitten..(memang aku amik pun sebab kes tak sampai hati)..lepas 3 hari dia simpan kitten tu kat rumah neibor dia, so suatu petang tu dia kol kata kata nak antar petang, so aku ok je...aku pun siapkan kotak A3 yang memang melambak kat opis dan buat banyak banyak lubang...balik keja aku tunggu kawan aku tu kat sebelah ofis, nampak dia datang naik motor je bawak kitten tu...(tapi kitten tu dia letak dalam satu bekas kecil macam uncang gitu)...

Aku pun amik kitten tu dan letak dalam kotak A3 yg memang dah kuletakkan kat tempat duduk belakang...sian..nampak takut je muka kitten tu...masa aku drive balik, senyap je, takde bunyi langsung dari dalam kotak tu...sampai rumah akupun letak dulu dalam sangkar yang memang dah ku sediakan tempat poo and bekas air dan makanan.  Tu adalah cara aku untuk membiarkan kucing rumah amik bau dan biasakan kucing rumah dan kitten tu.  Jangan lepaskan dulu..biar je kitten tu dalam sangkar...lantakkan kalau kucing yang sedia ada nak hissing hissing...lama lama baik le tu (tapi mengikut pengalaman, kitten agak mudah diterima berbanding kucing dewasa)...

Maka, kitten tu aku namakan NONAT ....



































Nonat ku ambil pada 9 April 2015 dan sihat dengan jayanya sehingga kini.  Syukur...aku dah setkan apointment untuk pengkasiannya ahad ini di SPCA Ampang.  Tujuannya supaya dia tidak memancut tak tentu hala untuk menanda kawasan dan bergaduh hendak mengawan.  Itu adalah satu cara agar kucing yang dipelihara tidak menganggu kejiranan dengan memancut sana sini.  Kucing aku yang betina semua telah kumandulkan bila sampai masanya...maka tidak akan terjadi kelahiran yang tak diperlukan..hikss..ko mampu ke bela kucing banyak dalam setahun..aku tak mampu...aku rela amik kitten stray diluar sana untuk diberi tempat perlindungan dari membiarkan kucing aku beranak.  Jangan kata aku kejam ye..harus hukumnya di sisi agama.  Nonat ni kira kucing yang paling bungsu..sangat menghiburkan dengan keletah dan aksi comelnya...ni gambar Nonat yang terbaru...





Banyak akal dia ni...hehehe...

Ok..bye for now




Isnin, 27 April 2015

Salam perkenalan,

Aku adalah wanita biasa, bekerja biasa biasa je....sangat sayangkan keindahan alam dan haiwan haiwan...jadi jiwa adalah sedikit sensitif jika terbaca kekejaman haiwan dan kemusnahan alam :(

Aku minat membaca, jadi dah tentulah gemar membaca blog...terutama blog2 feveret...(terutamanya blog pasal kucing atau travel blog).

Jadilah setakat sini dulu...dah xde idea nak menulis..Membaca memang senang..nak menulis jadi buntu..hehehe

Buat permulaan terimalah salah seekor kesayangan aku...kucing KKU yang bernama Chenow (aku adopt di laman Scratch...ada orang yg jumpa dia terendam lama dlm longkang ..masa jumpa memang dah lumpuh...maka aku menawarkan diri/cabar diri sendiri untuk membela KKU ni...hasilnya sampai sekarang dia sihat walafiat dalam jagaan aku...Alhamdulillah...jauh datangnya...dari Muar (tempat dia dijumpai lalu dibawa ke KL...(hati aku sangat tersentuh sebenarnya bila melihat gambarnya ketika diselamatkan...mata birunya sangat memukau..haha)


Tapi gambar di atas ni gambar chenow antara yang terbaru...gambar masa diselamatkan, nanti2 aku share...kena cari dulu

Bye for now....