Isnin, 5 Disember 2016

Ajarlah Anak Lelaki Anda Menghormati Wanita bermula di awal usianya....

Aku sedih, pedih dan sakit hati bila membaca kes kes rogol dan bagaimana mangsa dibunuh dan dicampakkan mayatnya begitu saja.  Mangsa mangsa ada yang berumur di bawah 3 tahun...apa agaknya yang difikirkan oleh jantan durjana tak berperi kemanusian tu.  

Aku tak mau mengulas lanjut...apa yang aku nak tuliskan disini agar para ibu bapa mengajar anak lelaki menghormati kaum wanita tidak kira apa bangsa dan ugamanya sebab dari komen komen yang ditinggalkan rata rata mengeluh bagaimana nak menjaga anak perempuan di era ini...alahai :-(

Ahad, 13 November 2016

Bertambah pulih....

Hello...

Masih mengenai si Batik @ Atik iaitu mengenai perkembangan matanya yang aku rawat sendiri.

Nampaknya matanya banyak perbezaan berbanding dulu.  Kalau dulu bengkak dimata hampir terjojol keluar dan bernanah, sekarang dah bertambah pulih.  Boleh lihat gambar di bawah :-


Yang penting mata dah tak bernanah.  Sesiapa yang ada kucing sakit mata, sila la cari ubat sapu "Terramycin"...sangat mujarab.  



Bye for now

Khamis, 10 November 2016

Si Kucing Batik

Hellooo...

Hari ni iouls nak cite pasal anak bulus baru.  Tak abis abis nakcite pasal kucing ek..hehehe...ye ler....lagipun nama blog pun "all about my cats"...seharusnya banyak berkisar pasal kekucingku.

Ok, about 2 weeks ago, masa nak bagi makan (malam) kucing strays kat belakang rumah, tetiba bukak pintu meluru si kecik ni nak masuk.  Aku pun angkat dan tengok bulu bersih, telinga bersih...mungkin kucing ni bertuan..tapiii...tang matanya...adoiiii..cer tengok gambar bawah...



Sedihkan...matanya sakit hampir terjojol...aku pun lepas kasi makan, terus bawak masuk rumah..esoknya bawak ke vet.  Cadangnya nak suruh vet jahitkan terus matanya.  Tapi vet kata sebab masih kecil lagi, bius sangat bahaya jadi vet suruh aku tunggu dalam 2 ke 3 bulan lagi.  

So, bawak balik rumah, aku tak lepaskan.  Aku bela dan tambah collection anak bulus :-)..Sebab aku rasa kesian nak lepaskan balik takut matanya melarat teruk.  

Aku rawat semampu mungkin. Lapkan mata dengan kapas dicelup air suam dan letak ubat mata 'terramycin'.

Itu je yg dapat aku buat.  Tapi rasanya rawatan aku berkesan.  Matanya dah kurang terjojol dan takde lendir.  Harap harap makin berkurang.  Nak pulih 100% tu memang tak la kut sebab matanya dah teruk..tapi asal tak merah dan berlendir macam dulu pun dah ok.  Selain mata, si Atik ni sangat cergas.

Tengok le bulunya...bercorak batik dan marble sangat kan...



Oh lupa nak cerita...sebenarkan si Atik ni aku pernah nampak kat belakang masa dia masih kecik dalam usia sebulan gitu..masa tu aku dah spot matanya merah dan bengkak...aku dah bercadang nak beli ubat dan letak kat mata..tapi lepas tu aku tak nampak bayangnya kat belakang, sehingga lah aritu yang dia muncul tu...tu yang aku rasa dia ni bertuan..tapi kenapa la tuannya biarkan matanya sampai melarat macam tu...

So, sekarang Atik menjadi sebahagian dari keluargaku.  Tapi kesian kadang kadang tengok si Atik ni.  Dia ni sangat cergas dan playful..tapi kucing kucing aku yang lain macam tak nak layan dia main.  Selalu aku tengok dia main kejar sorang sorang..hehehe...kadang kadang kejar kaki aku, kadang kadang kejar bayang sendiri...lantak la Atik, janji ko bahagia...dan Atik sangat pandai poo n pee di tempat yang disediakan....aku sayang ko Atik :-)






Isnin, 10 Oktober 2016

BILA KITA HENDAK JADI MACAM MASYARAKAT NEGARA JEPUN

Aku paling kagum dengan rakyat Jepun.  Aku belum lagi ke negara matahari terbit tu, cuma membaca di blog blog kembara dan melihat betapa bersihnya negara mereka dan betapa disiplinnya rakyat mereka hatta jika diletak barang berharga diluar kedai, ternyata selamat tanpa ada sesiapa yang cuba hendak mencurinya.  Cer kalau kat sini... letakla barang berharga diluar...alamat lesap..  Jadi negara Jepun adalah negara 'wishlist' aku jika ada rezeki pasti aku akan kesana. 

Aku pasti rakyat negara kita pun ramai yang berdisiplin, tapi disebabkan oleh sebilangan besar yang tidak begitu, maka amalan kebersihan tidak dapat dijalankan.  Aku biasa melihat orang membuang sampah dari kereta, membiarkan sisa sampah selepas makan di taman taman tidak dibuang di tong sampah (kalau tak jumpa tong sampahpun, sila la simpan dulu dlm plastik ke) dan kita lihat betapa kotornya pantai di negara kita.  Aku sedih sebenarnya.  Dimana nilai nilai murni masyarakat Malaysia yang rata rata Islam (kerna Islam mementingkan kebersihan).  Contoh paling senang, cuba kita lihat pasar malam selepas tamat waktu perniagaan...tengok betapa kotornya kawasan pasar malam dengan sampah yang terlambak disana sini. Walaupun peniaga meletak sisa sampah diletak dalam plastik tetapi sampahnya amatlah padat dan membuak buak sampah yang terkeluar...belum lagi plastik dan bekas bekas makanan yang dibuang merata rata oleh pengunjung.  Belum lagi kes kes kerosakan harta awam atau 'vandalism'.   

Didiklah anak anak anda sedari kecil supaya menghargai kebersihan.  Luaskan pemandangan dan fikiran betapa mereka menghargai dan sayang negara mereka sendiri.  Jangan jadi masyarakat yang mementingkan diri sendiri.  

Gambah di bawah  longkang di negara kita  :-(


                                                 (Gambar: sumber google )

Di Jepun :-)


                                                       (Gambar:  sumber google )
Salahkan diri sendiri jika terjadi banjir kerana tersumbatnya longkang longkang dengan sampah kerana sikap masyarakat kita yang membuang sampah merata rata.  Akhir sekali untuk kelangsungan bumi agar terus berfungsi ..amalkan juga sikap mengitar semula sampah...juga jangan sewenangnya menebang pokok pokok yang menyejukkan bumi ini.  Ala...setakat daun yang gugur kat laman awak semua tu...sapu je la kannn...tu kan senaman keluar peluh :-)








Selasa, 27 September 2016

MASIH MENGHARAP.....

Dah masuk bulan ke 2, kucing kesayangan aku ChimChim hilang.    Jauh disudut hati ni masih mengharap dia akan pulang

Kadang kadang bila keseorangan dirumah, terbayang keletah beliau yang nakal dan manja.

Chim Chim, moga kesudahan yang baik untukmu.


  






Isnin, 26 September 2016

KETAGIHAN MELAMPAU DENGAN "PHOTOBOOK"

Olaaaa....

Saje nak cerita pasal hobi yang agak baru ni, walaupun photobook ni dah berzaman kut.  Tapi sejak rajin benor Groupon ada offer yang melampau di Photobook, maka aku gigih beli...setakat ni dah 3 album siap...lagi satu dalam proses penghantaran.

Di bawah album softcover bersaiz 6" x 6" yang aku beli di groupon dengan harga 0.00.  :)  Aku cuma bayar RM8.00 untuk kos penghantaran.  Album ni khas untuk gambar anak anak bulus je  :-)








 Gambar dibawah adalah photobook yang bersaiz 8"x8"...harga ?? hmmm...yang ni aku memang rugi.  Dengan softcover je dan 40 mukasurat dan kos penghantaran..duit aku terbang lebihkurang RM103.00.  Kenapa mahal?  Sebab aku tak beli melalui groupon.   Memang mahal ye kalau kita terus beli melalui photobook.com ni.  So aku nasihatkan, sesiapa yang nak buat photobook online, beli melalui groupon atau yang sejenis dengannya masa ada tawaran istimewa.  Memang murah giler.  Pilih je berbagai jenis pilihan cover album yang berkenan di hati mengikut budget poket memasing.



Latest projek yang aku dah siapkan adalah album softcover bersaiz 8"x11"..yang tu khas untuk photo keluarga dan sewaktu dengannya.  Pun beli di groupon dengan harga RM35.00 (40 mukasurat).  Sekarang dalam proses penghantaran.

Tapi nak buat photobook ni perlukan banyak kesabaran dalam memilih gambar dan layout yang terbaik.  Album bersaiz kecik ni pun makan seminggu gak untuk siap.

Ok..next projek aku adalah album 8"x11" hardcover pulak. 


Bye


Ahad, 21 Ogos 2016

Uteh...moga kau tenang disana

Dah tiada lagi anak mummy yang sopan dan manja.  Yang tidak pernah garang dengan adik adik.  Yang sudi terima adik adik baru dan penyayang.  Uteh tak pernah menyusahkan mummy dan sangat peramah kalau ada tetamu bertandang ke rumah.  Maafkan mummy andai ada kekurangan mummy semasa menjagamu.  Dah ditakdirkan setakat ini sahaja mummy berkongsi rezeki dengan Uteh. 

Uteh...moga kita bertemu di syurga kelak ... ( 26/10/14 - 20/08/16 )



Uteh sewaktu dijumpai, 2x mandi pun kotor tak hilang lagi....



Setelah 2 minggu.....dah pandai posing, dah hemsem la sikit :-)



Gambar sebulan lepas....


Uteh dijumpai mati di laman rumah jiran sabtu baru ni.  Mengalir airmataku waktu nak angkat badan Uteh yang dah kembung namun masih tiada bau.  Aku berterima kasih kerna jiran tu sudi memberitahu.  Kalau tak, mungkin mayat uteh akan dicampak dalam tempat sampah atau dimana mana.  Nak bayangkan pun sedih.  Aku kebumikan uteh di laman rumah.  Mungkin selsema teruk penyebab kematiannya :-(

P/S:    Masih lagi mengharap kepulangan Chimchim  :-(

Isnin, 15 Ogos 2016

Pulanglah.....

Chim Chim si anak bulus bungsu dah hilang sejak jumaat lepas (12/08/16).  Biasanya kalau aku balik kerja, si chim memang dah sedia menanti dalam pagar di laman rumah.  Tapi hari tu, bila nak bukak gate, tak nampak pun chim dalam pagar macam biasa.  Hati dah tak sedap dah...aku biarkan gate terbuka dan terus drive cari chim keliling kawasan berdekatan.  Tak nampak bayang pun...malam tu, aku kuar dan cari cari kat longkang sambil panggil namanya.  Takde gak respon.  Esoknya hari Sabtu, masih mencari keliling kawasan perumahan...juga hampa.  Alahai..sedihnya hati tuhan je yang tahu.  

Rasa menyesal biarkan Chim diluar.  Tapi sebelum ni ok je sebab tau dia mmg tak kemana. Memang aku tutup pintu dan biarkan meow  6 ekor diluar dengan makanan dan minuman sebab aku tau kucing aku memang tidak kemana. 

Dulu dulu meow semua memang lepas bebas didalam rumah kalau aku bekerja, tapi disebabkan Chim berak merata dalam rumah, terpaksa aku biarkan mereka diluar masa kami kuar bekerja.  Memang ada je anak anak bulus aku menanti kalau aku balik kerja selama ni.  Sedihnya hati tak terkira.  Dia bukan jenis yang free roaming kat luar.  Hobinya bersantai didalam rumah.  Malamnya tido dalam bilik berekon.  Tapi aku positif yang Chim akan balik jua.  Balik la wahai Chim Chim.  Mommy rindu kat Chim :-(




Kawan opis aku kata Chim akan balik.  Baiklah...aku positif Chim akan balik.  Pulang ye Chim....

Ahad, 26 Jun 2016

Mission Accomplished :-)

Salam,

Ingat tak haritu aku cite kat korang aku teringin nak makan kueh limas homemade....

Akhirnya misi itu tercapai uolssss....

Sabtu lepas aku cuti puasa dan level tahap kerajinan 10 / 10...

Gigih potong daun pisang (nasib pokok kecik je)...

Gigih beli bahan dan ramuan (actually bahannya simple je diknun, sangat senang, cayalah)

Maka hasilnya...TADA !!!!




Tekstur dan rasanya agak berbeza dari tepung pelita...



Walaupun bekas daun pisang tu atau dipanggil 'temelong' tu aku cincai cincai je buat..

Tapi menjadi la jugak...rasa puas yang sukar digambarkan bila berjaya membuatnya :-)

Licin 10 bekas tau...hehehe...

Isnin, 13 Jun 2016

Sabarlah wahai hati

Kalau ikutkan hati, mau ku amukan...tapi berbaloikah....

Kalau ikutkan hati, mahu ku canang biar orang tahu...tapi puaskah hatiku...

Yang dapat aku lakukan hanya memberontak dalam hati..hendak ku mengadu, tapi tak terbuka mulutku...

Terkadang aku menyalahkan Tuhan...mengapakah takdir begini yang Kau beri padaku

Sabarlah wahai hati....begitulah kehidupan...ada pasangsurutnya...

Yang pasti hati aku semakin dingin....tiada perasaan...




Khamis, 9 Jun 2016

Merindui......

Wahhh...tajuk tak hengat..hahaha...

Ntah kenapa kalau bulan puasa je mesti rindu dengan kuih limas ni. Ni kueh tradisional negeri 
Perak.  Orang Perak je yang tau buat kueh ni.  Tapi nak buat pun bukan susah..tengok resepi 
senang sangat...tapi kenapa susah sangat nak cari kuih limas ni kat pasar ramadan di KL...yang ada jual memang rupa sama iaitu Tepung Pelita...tapi rasa memang berbeza...rasanya tepung pelita dibuat dari tepung beras..kuih limas pulak dari tepung gandum.  

So, aku macam terasa nak buat weken ni...sebab resepi tu nampak senang yang amat...tapi nak buat sampan dari daun pisang tu yg tak reti tu..takpe..akan ku usahakan sampai berjaya...kawan aku syorkan buat guna bekas plastik je..tapi aku tak mau lah...dah xde wangi la kalau macam tu..lagipun kat rumah aku ada pokok pisang..kemain subur lagi daunnya..

Kat bawah ni rupa kuih limas tu...


Gambar cilok dari resepikakyah.blogspot.com 


Kalau berjaya projek kueh limas sabtu ni...aku tempek gambo kat sini ye...

Wish me luck :-)



ChimChim si anak bungsu

Salam Ramadhan :-)


Lama tak jengok blog...now bila everything dah settle baru rasa lega....bukan la settle apa pun, cuma aritu touch up rumah sikit...bukan renovate ye..just touch up macam mengecat, pasang plaster ceiling, pasang vinyl floor.  Tapi itu lah....walaupun touch up je, sebab kat rumah dah banyak perabut, memang pening gak...itu pun banyak barang mcm kabinet dapur, tilam, sofa yang lama tu aku buang...buang pun kena gak sewa lori..buang main pakai buang gitu je...pastu ambik la kontraktor indon, harga yang diberi ok la jugak...agak berpatutan...dia buat kerja berdua...bila tanya bila boleh siap..wahh..seminggu je boleh katanya...tapi rupanya 3 minggu baru siap...tapi aku malas nak banyak bunyik...janji siap ..tapi tu la....pening selagi tak siap rumah berkencah.

Eh..aku dah jauh larik dari tajuk...hehehehe...nak cite pasal kucing..tercerita lak pasal rumah...maafkan hamba ye....ni kisah anak bulus baru yang paling bungsu buat masa ni...budak ni datang kerumah menangis nangis di suatu malam. Kalau tak silap hujan pada malam tu...alahai...kecik sangat lagi..dengan kurus dan mata hampir tertutup sebab sakit mata...aku rasa mungkin ada orang yang jumpa budak ni dan letak dalam pagar rumah aku...hmmm..takpelah...aku anggap budak ni rezeki...

Ni gambar ChimChim masa malam yang dia datang rumah tu...siankan..aku kurung dulu nak ajar dia berak dan kencing kat litter box.  Esoknya aku bawak ke Vet sebab budak ni selsema agak teruk. Tu sebab aku namakan ChimChim sempena bersin...hehehe




Di bawah gambar beliau ketika dibawa ke vet.  Diam je masa dalam keta.  Ni percubaan chimchim nak keluar sebab lama kut duk dalam cage.  Boring kut.


Aksi comel ChimChim lepas beransur sihat...




Kat bawah ni gambar latest ChimChim.  Saiz badannya agaknya kecil walaupun ChimChim dah hampir 8 bulan.  Memang sepatutnya aku mandulkan tapi aku asik bertangguh sebab aku tengok Chimchim ni macam tak matang lagi. Dengan kata lain...takde langsung tanda tanda miang or nak mengawan.  Kerjanya asik la bergumpal dengan sekor lagi kucing jantan dalam rumah ni.



Ni le bff nya...



Yang tak bestnya pasal si chimchim ni ialah dia suka berak merata tak tentu hala.  Adoiii...letih..dah ajarpun selalu lupa...kalau aku tak awasi, cepat je dia melepas kat pintu dapur...selalunya aku boleh agak bila dia nak berak dan aku letakkan dalam cage sampai dia berak baru aku lepaskan...gitu la selalunya...apa nak buat...dia selalu lupa :-(...bukan melayu je mudah lupa...kucing pun...hahaha







Isnin, 11 April 2016

Charity....

Ada seorang rakan di ofis aku yang rajin membuat lawatan kebajikan di rumah rumah kebajikan.  Di antaranya adalah http://wwwaj601.blogspot.my/2013/08/lawatan-ke-rumah-kebajikan-nur-hati.html?m=1
yang mana terdapat ramai kanak-kanak dan bayi bayi malang yang ditinggalkan. Sedih dan sayunya hati aku bila membaca dilaman web ni.  Comel comel nya semua kanak kanak malang ni.  Jadi pada sesiapa yang ingin membuat sedikit amal dan derma, sila lawati laman web ini. Moga Allah saja yang membalas segala perbuatan baik sesama manusia. Di laman web itu juga terdapat no akaun yang tertera.

Wassalam

Isnin, 22 Februari 2016

Kisah kucing kucing lagi

Hola...hari ni aku nak bercerita kisah kucing lagi...ni pasal kucing kucing yang pernah aku selamatkan...tak kiralah samada aku kutip ditepi jalan atau aku amik dari kelab kucing yang bersepah di fb yang banyak iklan pasal kucing malang yang perlukan diselamatkan...

Antara banyak kucing terbiar yang dibela, cuma 2 ekor je sempat beranak kerana aku tak sempat nak mandulkan (yang mana dijika diteruskan proses pemandulan, akan membahayakan nyawa sikucing).  Aku namakan kucing ni Vera, dan Vera telah melahirkan 4 ekor anak (3 bulan lepas beranak terus aku hantar neutered).  Malangnya 3 dari 4 ekor anak kucing tu tak dapat hidup lama.  Seekor mati dilanggar, seekor hilang dan seekor mati sakit.  Cuma tinggal sekor je dan masih hidup hingga sekarang. tapi malangnya si jello (nama kucing ni), memilih untuk hidup bersama jiran sebelah rumah aku, boleh?  Aku rasa si jello ni tak suka dengan kehadiran kucing kucing baru dirumah.  Nasib baik si jello ni telah aku mandulkan, jadi si jiran takde masalah untuk membelanya.  Tapi aku masih membekalkan kibbles untuk si jello. Yelah, jello ni dikira masih kucing aku dan aku tidak akan melepaskan tanggungjawab terus. Yang sedihnya, si Jello akan mengelupur lari kalau nampak aku.  Hmmm (tarik nafas panjang panjang) :-(

Gambar anak anak kucing tu...si Jello yang duduk dengan mulut terbukak sikit tu..comel kan  :-)



Tak lama selepas tu, laki aku bawak balik lagi sekor kitten yang kecik dan kaki tempang.  Siannya aku tengok.  Katanya dah seminggu dia perati je kucing tu dan kasi makan tapi akhirnya dibawak balik sempat tak sampai hati nak biarkan sebab dah tempang. Tapi dah seminggu lepas tu, kakinya dah ok. Aku namakan dia ni Cecik.  Pun aku terlepas pandang si Cecik ni..ingatkan dia masih kitten, rupanya dalam diam diam, pandai kuar rumah cari kucing jantan...bila bawak ke vet, vet kata suspect dah bunting, so aku biarkan lah sampai dia beranak. 5 ekor anaknya.  Anak si Cecik ni pulak (4 betina dan 1 jantan) sempat aku mandulkan semua...tapi akhirnya 3 dah hilang tak balik balik...cuma 2 ekor yang masih dirumah sehingga kini...si Cecik ni pulak masa anak dah dewasa dia dah xmo balik rumah, suka lepak kat rumah jiran dihujung jalan dan lama lama aku dah xnampak kelibat cecik dah...tapi aku tak risau sgt sebab aku sempat mandulkan si Cecik, jadi keberangkalian cecik akan bunting dan bunting tidak akan terjadi...

Dan dalam pada tu, ada sekor anak kucing yang aku amik dari fb, adik ni terjumpa di ofisnya kalau tak silap. Lagipun cuma sekor je, so aku pun wssp la adik ni...rupanya jiran belakang rumah je..hahaha..setelah ber wssp lebihkurang, adik ni, Susan namanya pun bersetuju untuk hantar ke rumah pada satu malam.  Yelah, dekat je pun..hehehe...comel je si Susan ni letak anak kucing ni dalam kotak kecik..tapi sayangnya (aku namakan Cecik Jr) ni tak dapat hidup lama...setelah 20 hari bersamaku, si Cecik Jr telah menemui penciptaNya.  Cecik Jr ni sgt playful dan pandai poo n pee ditempat disediakan. Tapi umurnya tak panjang, wlaupun aku dah bawa ke Vet.  Menangis aku masa aku wassp si Susan ni nak britau yang Cecik Jr dah takde :-(

Ni gambar Cecik jr masa diiklankan di fb...


Dibawah pulak semasa Cecik Jr di bawah penjagaan aku 





Ni pulak gamba si Cecik masa kat vet...Sempat aku tangkap gambarnya...masa ni dia tengah tido..Cecik pergi lepas 4 hari aku hantar gi Vet...Vet kata pundi kencingnya mungkin terkena infection..yelah...mungkin terkena masa beliau hidup melarat diluarkan...kesian dia..gitu la nasib kucing kucing jalanan :-(


Banyak lagi sebenarnya kisah kisah kucing yang aku berjaya selamatkan...membela kucing kucing ni sebenarnya sangat menghiburkan kan jika anda seorang pencinta haiwan..

Sayangi la haiwan haiwan ini, berkongsi lah sedikit rezeki dengan mereka...jangan zalimi mereka 




Selasa, 12 Januari 2016

Kucing dalam microwave ...


Pintu microwave memang aku akan tutup ketat lepas guna...sebabnya kalau tak tutup ketat,
peristiwa ini akan selalu terjadi...sila rujuk gambar di bawah :-)




Pastu ada pulak sekor yang tunggu giliran nak masuk jugak :-)




Jenuh aku mengelap semual untuk buang bulu bulu yang ditinggalkan...ishhh...sabar je la..hiks
Aku belum sempat lagi nak interview meow aku ni apa yang seronoknya tido dalam tu...