Ahad, 21 Ogos 2016

Uteh...moga kau tenang disana

Dah tiada lagi anak mummy yang sopan dan manja.  Yang tidak pernah garang dengan adik adik.  Yang sudi terima adik adik baru dan penyayang.  Uteh tak pernah menyusahkan mummy dan sangat peramah kalau ada tetamu bertandang ke rumah.  Maafkan mummy andai ada kekurangan mummy semasa menjagamu.  Dah ditakdirkan setakat ini sahaja mummy berkongsi rezeki dengan Uteh. 

Uteh...moga kita bertemu di syurga kelak ... ( 26/10/14 - 20/08/16 )



Uteh sewaktu dijumpai, 2x mandi pun kotor tak hilang lagi....



Setelah 2 minggu.....dah pandai posing, dah hemsem la sikit :-)



Gambar sebulan lepas....


Uteh dijumpai mati di laman rumah jiran sabtu baru ni.  Mengalir airmataku waktu nak angkat badan Uteh yang dah kembung namun masih tiada bau.  Aku berterima kasih kerna jiran tu sudi memberitahu.  Kalau tak, mungkin mayat uteh akan dicampak dalam tempat sampah atau dimana mana.  Nak bayangkan pun sedih.  Aku kebumikan uteh di laman rumah.  Mungkin selsema teruk penyebab kematiannya :-(

P/S:    Masih lagi mengharap kepulangan Chimchim  :-(

Isnin, 15 Ogos 2016

Pulanglah.....

Chim Chim si anak bulus bungsu dah hilang sejak jumaat lepas (12/08/16).  Biasanya kalau aku balik kerja, si chim memang dah sedia menanti dalam pagar di laman rumah.  Tapi hari tu, bila nak bukak gate, tak nampak pun chim dalam pagar macam biasa.  Hati dah tak sedap dah...aku biarkan gate terbuka dan terus drive cari chim keliling kawasan berdekatan.  Tak nampak bayang pun...malam tu, aku kuar dan cari cari kat longkang sambil panggil namanya.  Takde gak respon.  Esoknya hari Sabtu, masih mencari keliling kawasan perumahan...juga hampa.  Alahai..sedihnya hati tuhan je yang tahu.  

Rasa menyesal biarkan Chim diluar.  Tapi sebelum ni ok je sebab tau dia mmg tak kemana. Memang aku tutup pintu dan biarkan meow  6 ekor diluar dengan makanan dan minuman sebab aku tau kucing aku memang tidak kemana. 

Dulu dulu meow semua memang lepas bebas didalam rumah kalau aku bekerja, tapi disebabkan Chim berak merata dalam rumah, terpaksa aku biarkan mereka diluar masa kami kuar bekerja.  Memang ada je anak anak bulus aku menanti kalau aku balik kerja selama ni.  Sedihnya hati tak terkira.  Dia bukan jenis yang free roaming kat luar.  Hobinya bersantai didalam rumah.  Malamnya tido dalam bilik berekon.  Tapi aku positif yang Chim akan balik jua.  Balik la wahai Chim Chim.  Mommy rindu kat Chim :-(




Kawan opis aku kata Chim akan balik.  Baiklah...aku positif Chim akan balik.  Pulang ye Chim....