Selasa, 11 April 2017

Up Close and Personel ...Meow saya

Salam...

Hahaha...tajuk kemain...hari ni nak cite pasal perangai anak anak bulus yang ada kat rumah.  Seperti juga manusia...kucing juga mempunyai kerektor yang tersendiri...

Gambar bawah ni namanya Vera.  Seekor betina dan dilahirkan dirumah disebabkan aku tak sempat nak mandulkan ibunya yang merupakan kucing stray.



Vera ni sangat penakut, tapi dia amat pembersih dan tahu tempat hendak berak dan kencing yang sepatutnya.  Dia punya penakut sampaikan selalu kena buli dengan kucing yang baru datang padahal dia kelahiran rumah.  Sepatutnya dia berlagak macam mem kan.

Kat bawah ni kitten yang aku selamatkan dari kecik dan bila dah besar suka sangat membuli si Vera ni...kadang kadang dihalaunya Vera keluar rumah...namanya Nonat..jantan...


Kadang kadang kesian menengokkan si Vera ni...so, selalu sangat aku nampak si Nonat ni duk menghambat Vera...selalu jugak aku letakkan si Vera dalam bilik masa time makan, biarkan dia makan dengan tenang...so, suatu hari tu aku cakap dengan Vera ni...lebihkurang gini le siri aku bercakap dengan kucing..."Vera, kalau Nonat hambat ko, cer ko lawan je dia..dia tu lagi muda dari ko...dah berani belasah ko...sebab ko penakut sangat..jangan selalu kena buli.."...gitu panjang lebar aku cakap...si Vera pandang je aku..pastu jilat jilat bulu..hehehe

Tak berapa lama lepas tu...aku tengok dah nampak perubahan...si Vera dah berani melawan...dan bila si Vera dah berani melawan balik..si Nonat pulak jadi takut...tapi over la pulak si Vera ni bila dah berani...dia pulak sanggup tunggu kat pintu, hambat si Nonat kalau Nonat nak masuk...abistu..tak ke aku yang letih...hahaha

Aku kesian gak dengan si Nonat bila jadi macam ni..sebab Vera dan lagi 2 ekor kucing memang tinggal dalam rumah kalau aku bekerja...si Nonat dan sekor lagi Jantan terpaksa letak kat luar ..lagipun diorang suka melepak atas bumbung...tapi makanan memang ada aku letakkan kat luar...so, bila balik Nonat memang tunggu aku sebab nak wetfood tin tu..dan adakalanya nak melepak dalam rumah..tapi bila dah si Vera ni tetiba jadi pahlwan...dia dah tak berani nak lepak lepak dalam rumah...terpaksa la letak si Nonat dalam bilik pulak kasi dia tido...

Vera ni pulak masa aku nak bersiap pepagi, sibuk la mengeow nak masuk bilik...bila dah masuk bilik, sibuk nak keluar pulak..kucing lain tak pulak macam tu...tak karuan hidup aku pepagi kalau nak bersiap..hahaha...

Tidak kira manusia atau haiwan, jika kita ni nampak lemah, memang ada yang berani ambil kesempatan.  Jadi harus bertindak untuk mengatasinya.

Diakhiri dengan gambar Nonat yang hobinya melunjur...tapi sejak akhir akhirnya tak berapa nak berani melunjur dah....


2 ulasan:

  1. Hahaha..... suka melunjur ek
    Tapi betullah HG. Kadang kadang diaorang faham apa yg kita cakap. Mcm Si Onyeng tu selalu ckp ngan dia ko jangan beranak Onyeng, jkalau ko beranak ibu buang. Sampai sekarang beranak lum menjadi anak kucing hihi.... 2 kali dah gugur, baru baru ni beranak tak cukup bulan pulak. Tak ada bulu

    Amboi Vera..... landing atas katil lagi kan...

    BalasPadam
  2. kannn...saya rasa memang kucing faham apa yang kita cakap....cuma tak mendengar kata je

    BalasPadam