Selasa, 11 Julai 2017

Sambung balik cite cuti cuti...

(Kali ini entry agak panjang dengan gambar gambar yang agak banyak...sila bertabah ye)

Lepas 2 malam di Paris, kami kembali ke London semula...maka bermula misi berjalan jalan di kota London

Hari pertama kami ke tempat ikonik yang popular...mana lagi kalau tak ke London Bridge, cuma masa tu cuasa agak mendung dengan hujan rintik rintik menambahkan lagi sejuk di musim bunga.  Masa dalam perjalanan ke Tower Bridge, ternampak pulak restoran Celebrity Chef Jamie Oliver.  Haruslah nak bergambar kan...cadang nak jugak try makan di restoran tersebut, tapi tak jadi sebab restoran agak ramai pengunjung waktu tu.  Jadi, kita ambik gambo sudah...



Tower Bride yang popular...kalau ke London harus kena pegi melawat tempat ikonik dan popular ni...posing macam aku ni harus...tapi hati hati..jangan sampai terjatuh pulak dalam sungai.


Burung camar yang jinak jinak merpati...



Lagi pemandangan menarik berdekatan Tower Bridge...di sebelah kanan ni adalah Tower Castle, juga merupakan salah satu tanda aras popular di kota London



Lawatan tak sah jika tak melawat istana mendiang Princess Diana...jom cuci cuci mata...

Gambar di bawah adalah taman yang terdapat dalam kawasan istana tersebut.  Belakang taman tu adalah istana mendiang Princess Diana



Di belakang aku tu adalah view istana Princess Diana dari arah hadapan...



Jalan jalan di kawasan sekitar istana...terdapat satu taman yang sangat cantik..setiap pokok pokok disitu mengeluarkan sejenis bunga yang sangat cantik...tapi tak kelihatan jelas di gambar







Si angsa putih dan itik serati yang mencuri tumpuan pengunjung......



Di hari ke 2,  jom kita melawat Big Ben & Eye of London yang juga merupakan antara ikonik di kota London...tak sah kalau tak pergi sini..jom tengok gambar..cuma yang tak best masa ni cuaca agak cloudy..jadi gambar nampak gelap

Gambar aku posing maut ..hahaha..(kalau nak kutuk, kutuk dalam hati je tau..)


Bersama rakan rakan karib....




Gambar poyo tuan blog berlatar belakang Eye of London...hiks


Dah jalan jalan di cuaca yang sejuk dan berangin ni, dah tentu perut meronta kelaparan...jom ke Burger & Lobster...dengar cerita tempat ni terkenal di kalangan artis malaysia yang melawat london...mesti nak update dalam ig kalau makan disini...ye ke?

Terletak di tingkat 5, Bangunan Harvey Nichols, Knightbridge, London.  Verdict...pada selera aku, biasa biasa je la...mungkin aku kurang sikit seafood ni...makan hari tu 35 paun seorang (lebihkurang RM200). Harga adalah sama jika makan di cawangan Burger & Lobster di Genting Highland. Satu-satunya cawangannya yang terdapat di Malaysia.



Us again...bersama waiters yang extra peramah ..haha



Di hari ke 3, lawatan adalah di istana Bonda Ratu, Trafagar Suare, Green Garden & Piccadilly Circus...jom tengok gambar...

Di hadapan Buckingham Palace...

 


Tuan blog nak melompat pulak...walaupun gagal lagi disitu...almaklum, badan dah berat



Trafagar Square...dulu rasanya Trafagar Square ni terkenal dengan burung merpati...masa aku kesini tak nampak pulak walau seekor merpatipun...kemanakah kau wahai merpatiku?



Kebetulan masa nak sampai ke Buckingham Palace tu, pasukan berkuda pengawal istana sedang bertukar syif agaknya...dapatlah aku menjamu mata...kagum tengok kuda dan pakaian pengawal istana...



Di Green Garden, berhampiran istana bonda ratu...



Gambar di bawah adalah tempat lepak yang terkenal di Picadilly Circus....tak terdapat pertunjukan circus disini ye...tu hanya pada nama je...tempat lepak ni memang terkenal di kalangan warga muda mudi di kota London.  Masa aku sampai tu, kebetulan ada pertunjukan meraikan dewa krisna ke apa ntah...masa leka menengok mat minah salih ni menari ala ala hindustan..tetiba aku ditarik oleh seorang dari penari tersebut..tapi sebab aku ni sporting, menari la jugak sekejap bersama mat minah saleh yang berpakaian sari dan kurta...aku je yang sesat berbaju merah..hahaha...tapi sayang kawan aku tak amik gambar...cuma video je...so, aku segan nak share..hehe

"Piccadilly Circus is a road junction and public space of London's West End in the City of Westminster, built in 1819 to connect Regent Street with Piccadilly" (ceduk dari google)





Fuhhh...rasanya cukup la sedikit gambar gambar yang aku share di sini sepanjang aku ke London dan Paris. Jika ditanya mahukah aku melawat kembali London jika berpeluang, jawapannya ye...suka dengan kebersihan dan rakyatnya yang peramah dan cool. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan